Dec 20, 2006
Parlimen Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah sekian lama, aku kembali selepas dibasuh selama setahun.Panas jugakla telinga ni. Takpe, aku ade masa aku akan update blog ni.
Pagi ni , aku telah menghantar penyelia aku, Mizra Hilmi ke bangunan Parlimen atas tugas2 rasmi beliau sebagai Penolong Pengarah bagi Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Terasa bangga dan gembira dapat menjejakkan kaki ke Pusat bagi semua ahli Parlimen negara berkumpul. Berikut adalah sedikit maklumat yang aku tahu mengenai Parlmen malaysia.
Dalam Parlimen Malaysia terdapat dua Dewan utama iaitu:
  • Dewan Negara- seramai 70 orang ahli temasuk ADUN mewakili setiap negeri dan ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri
  • Dewan Rakyat-  seramai 219 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.
Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

Itu;ah sedikit maklumat yang dapat aku berikan setakat ini. Untuk malumat lanjut boleh terus ke Laman Web Rasmi Parlimen Malaysia.

Untuk makluman, hasil singgahan ke sana, satu perbincangan tidak formal telah diadakan untuk mengadakan lawatan dan mengikuti Sesi Pembentangan di Dewan Rakyat.Ini memerlukan perbincangan dengan lebih lanjut lagi. Apa-apa maklumat akan dimaklumkan.. Hahaha.Ada minat ka?


Bangunan Parlimen Malaysia


Posted at 07:46 pm by valiantassic
Comment (1)  




Nov 12, 2005
CALMANSI (Air Asam sebenarnya)



Bahan - Bahan :

1) asam boi putih ( kalau boleh yang masin, ade jual kat Supermarket)
2) 4 biji limau kasturi ( secukup rasa, tengok la nak sedap mana )
3) air gula ( Gula pasir pun boleh)
4) mesin pengisar
5) tambah timun sebiji untuk hiasan


Cara Membuatnya:

1. Mula mula hiris asam boi yang baru di beli tadi ..buat kepada 3 bahagian, hirisan asam boi, biji asam ( yang tinggal hasil hirisan asam boi tadi ) air asam boi (hirisan asam tadi direndam dengan air yang sederhana panas )

2. Kisar buah kasturi tadi dengan mesin pengisar, sekali dengan kulit tau..kalau tak ..tak nampak hijau dia ( ikut suka la..kalau nak sedap , tambah lagi..kalau tak , 4 biji pun cukup )

3. tuangkan limau kasturi yang dikisar tadi dalam cawan (seperti gambar, lain pun takpe)..masukkan 3-4 sudu air asam boi kedalam cawan tersebut untuk mendapatkan rasa asamnya.

4. Bubuh air gula atau gula secukup rasa supaya dapat rasakan masam2 manis dia. kalau dah sedap, letakkan hirisan asam boi tadi..kemudian letakkan biji asam yang tinggal hasil dari hirisan asam boi tadi.....dah siap!!

Sekarang, anda boleh menikmatinya diwaktu petang besama kawan2 dan keluarga..muahaha..


Posted at 04:33 am by valiantassic
Make a comment  




Nov 11, 2005
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Assalamualaikum..


ASSALAMUALAIKUM DAN DALAM AIDILFITRI...APA KABAR SEMUA...SO DI KESEMPATAN NI NAK UCAP SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA RAKAN2 YANG MENGENALI DIRI INI..CEWAH..skema pulak...mesti semua tertunggu2 kan...ni kebetulan study , sambil tu la meng"update" blog...saje bosan2..sorry la kawan2..paku tu sikit2 cukupla...tapi raya2 ni tak baik mengata ..muahaha..raya ni agak tertekan jugak ( bukan akutertekan )yela...raya sekali ngan exam..tak bebas...tapi kat kolej, masih ade kemeriahan..baru2 ni ade la sikit umah terbuka..terima kasih la kat tuan rumah atas pelawaan tu yek..nampak la ape itu "raya" sebenarnya....ni ade la sikit gambar open house tu..tapi tak banyak la...yang takde gambar tu , jangan risau ..akan ade dalam keluaran datang( cuba cek kat blog lain kalu2 ade ke..ni bukan ape ..saja nak warm up photoshop tu..dah lama tak guna ..muahaha..ok Wassalam




















Posted at 04:52 am by valiantassic
Make a comment  




Apr 30, 2005
3Com Wireless-G router

hahaha..ni la router office aku..Tak dela besar sangat tapi aku dapat belajar banyak la menatang ni.. Aku masih lagi kurang jelas dengan router ni.. Anyway, thanks la kat mamat "switch terbakar " tu sebab banyak bagitahu aku pasal benda2 ni semua.Semalam, satu hari aku pantau kestabilan router ni..sampai satu ketika , "akutertekan" tu pun aku jadikan bahan ujikaji..sampai satu tahap aku jangkakan sesuatu yang boleh dianggap musykil..musykil2...

Posted at 12:20 pm by valiantassic
Make a comment  




Apr 28, 2005
Dah mula Malas...

Assalamualaikum semua...hahaha..28 April 2005, aku kembali sambung blog aku..Aku dekat tempat LI aku dah naik malas..Tak tau nak buat apa...Kalau ade keje aku pun, internet tak dapat, reboot router, setting IP , pastu cek printer ( Dah naik malas aku nak kuarkan kertas yang tersangkut kat dalam printer tu) Makan benda yang asanya 'roti' pun aku dah naik muak..Kalau tak makan roti canai, roti bungkus High5 perisa coklat..Arghhh..asyik roti je.. Tapi bila fikir betul2, aku banyak belajar pasal network ni bila aku LI ni. Thanks,en Joe.. Dia banyak ajar aku.. Boleh la aku buat sikit2 sekarang ni tapi masih lagi slow..Okla, nak basuh baju jap..Roger. Wassalam

Posted at 08:35 pm by valiantassic
Make a comment  




Apr 6, 2005
MISSION (PHASE 1) COMPLETED !!


Assalamualaikum..
Hari ni aku telah menyiapkan 2 benda yang aku rasa puas hati setakat ni...itu baru fasa 1..nak buat ni sakit2 badan aku sampai kena beli koyok sebab lenguh..keje pun takde sangat..buat quotation je hari ni..okla..chow..WASSALAM

Posted at 04:51 pm by valiantassic
Make a comment  




Mar 30, 2005
NYAWA DIHUJUNG TANDUK...


assalamualaikum..aku nak cerita sikit pengalaman aku masa pergi kursus di Langkawi baru-baru ni.  Malam 28 Mac 2005, malam tu kitorang baru lepas aktiviti terakhir sebelum kitorang balik esoknya. Lepas supper, aku terus balik bilik.Sebelum tu aku berhenti kejap kat kolam renang tengok member2 aku swimming. Tetiba je, pihak hotel ngan penghulu kursus aku datang. dia kata semua sekali naik sebab ade emergency. Kitorang disuruh berkumpul dalam dewan dengan segera. Bila semua dah ada, kitorang diberitahu ada gegaran dasar laut di  Sumatera. Ombak gegaran tu akan tiba dalam jangka masa 3 jam. Apa lagi, semua panik. Selepas semua bincang dan dapat kepastian yang tepat, kitorang diminta bergerak menuju ke arah bukit untuk langkah2 keselamatan.Kitorang berkumpul dilerang bukit lebih kurang jam1.30 pagi. Sementara tunggu bekalan makanan dan air sampai ketika berada di atas, kitorang semua diminta berdoa. Masa tu la, ada yang nangis, nak pitam,terseliuh. Masing berhubung dengan family masing2. Aku terasa yang ajal dah sampai bilamana dia cakap "Mengucap banyak2, ingat Allah, dan Ingat ALLAH TU SATU. Kalau tiada apa berlaku, kita jumpa lagi.." walau pun takut, aku cuba tenangkan mana yang dah lemah semangat dalam group aku..Lepas tu, kami berjalan ke satu cafe di seberang dan kat situ kitorang dapat lihat bencana itu melalui CNN. Yang pompuan diberi jaket keselamatan. kemudian, yang lelaki di beri arahan jika terdengar perkataan "LARI",yang lelaki akan terus berlari mendapatkan seorang pompuan dan lari ke arah atas bukit secepat mungkin..ini nak pastikan masing2 punya tanggungjawab. Sementara tunggu arahan, itornag menonton berita bencana tu melalu CNN. Ada yang still menangis, tidur,baca yasin. Macam2 reaksi la. Aku tengok je air laut kalu2 turun mendadak, tandanya ombak dah sampai. Aku pun telap lepas tu. Seda2 balik, Polis Lagkawi bagitahu keadaan selamat dan kena tunggu 90 minit lagi sebelum boleh balik bilik. Pukul 5.00 pagi,kitorang dapat balik bilik. Esoknya, aktiviti semuanya dibatalkan. Semua dah tak sabar nak tinggalkan pulau tu..baru tau macamana cuaknya berhadapan dengan "MAUT"!!

Posted at 01:13 pm by valiantassic
Make a comment  







   





<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed